KELOMPOK SATU TIK

kupu2

Jumat, 18 Januari 2013

Mutiara kehidupan



 Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya
Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik
Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan
Semakin jauh kita coba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…
Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya
Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu
Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk
Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja
Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang

Tidak ada komentar:

Posting Komentar